Featured Posts

Followers

Thursday, 3 January 2013

Sejarah MAHSURI

Assalamualaikom wbt. 
Gambar-Gambar Sejarah Mahsuri, Langkawi )

Inilah Wan Aisyah, generasi ketujuh Mahsuri. Cantik kan?

Replica Gambar Mahsuri sewaktu ketika dulu. ^.^

Replica Gambar Mahsuri. ^.^

Telaga Mahsuri Airnya Wangi. Hehehe

Rumah Sejarah Mahsuri LANGKAWI

Mahsuri binti Pandak Mayah
Mahsuri telah dihukum bunuh pada 1235 Hijrah bersamaan 1819 Masihi akibat dari fitnah dan irihati. Semasa menerima hukuman, beliau bersumpah, 
'Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan...'

Mahsuri dilahirkan di Pulau Langkawi. Ibubapa Mahsuri datang merantau ke Langkawi dari Siam untuk tingkatkan quality of life la masa tu. Dorang orang susah sangat tapi selepas kelahiran Mahsuri, kehidupan dorang bertambah baik. Rezeki mencurah-curah macam tu lah. Cerita ni based on saya baca sendiri masa kat muzium Mahsuri. Nama timangan Mahsuri dulu ialah Siti. Jengjeng. Masa Mahsuri kecik lagi, macam dah tunjuk kebaikan yang budak lain takde. Sampailah bila dah besar dah anak dara gitu, Mahsuri terkenal di seluruh Langkawi dengan kecantikan, kelembutan, kesopanan macam tu la~ 

Semua lelaki masa tu teringin nak sunting Mahsuri sebagai isteri. Tapi Mahsuri akhirnya dikahwinkan dengan Wan Derus. Wan Derus ialah adik kepada sultan Langkawi ketika tu, Sultan Pekerma Jaya. Dipendekkan cerita, lepas berkahwin tu, Wan Derus kena pergi belayar tinggalkan Mahsuri untuk sementara. And Mahsuri pula tengah pregnant masa tu. Masa Wan Derus takde, ada sorang pedagang datang ke Langkawi yang bernama Deraman. Masa ni, isteri kepada Sultan, Wan Mahora, memang benci sangatlah dengan Mahsuri sebab semua rakyat Langkawi sukakan Mahsuri, Mahsuri cantik dan baik so dia jealous sangat. Dahlah dia isteri Sultan kan. So dia rasa macam tak aci kenapa orang semua suka Mahsuri. Isk isk isk.

Lepas tu satu hari tu, Wan Mahora ternampak Mahsuri bercakap berduaan dengan Deraman. And terus Wan Mahora ni bagitahu kat suami dia, Sultan yang Mahsuri dengan Deraman ada hubungan sulit. Lepas tu pulak Mahsuri baru lepas bersalin. Wan Mahora menuduh Mahsuri lahirkan anak haram lah. 

Tanpa usul periksa, Sultan terus tangkap Mahsuri dan ikat kat satu pokok besar yang tua. Terus nak jatuhkan hukuman mati. Kesian kan Mahsuri ;'( Suami dia Wan Derus belum balik lagi dari belayar masa tu. Mahsuri telah ditikam dengan tombak masa tu. Tapi tombak tu tak dapat tembusi badan Mahsuri. Dahsyat kan.. Sesetengah penduduk kampung and parents Mahsuri bermohon supaya Mahsuri dilepaskan tapi dorang tak heran pun. Parents Mahsuri siap kumpul harta untuk ditebus tapi tak dapat tebus jugak.. ;'( 

Lepas beberapa minggu Mahsuri diikat, bayangkan kat pokok tua habis badan Mahsuri digigit pelbagai serangga masa tu. Tapi sebarang senjata pun tak dapat tembusi beliau. Mahsuri just bersumpah yang Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan dan tidak menghalalkan darahnya untuk jatuh ke bumi. Akhirnya Mahsuri berjaya ditikam oleh Sultan menggunakan keris peninggalan datuk moyang Mahsuri sendiri. Tapi darah Mahsuri yang mengalir berwarna putih jatuh kat bumi.. Takde darah merah. Mungkin sebab dah haramkan darahnya jatuh dibumi. Waktu tu satu Langkawi terkejut yela gila tak terkejut darah putih yang keluar. Lepas je Mahsuri dah berlumuran darah putih tu, sekumpulan gagak datang hinggap di badan Mahsuri untuk jaga dari terkena cahaya matahari. :'( Mahsuri dikebumikan oleh ibubapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang digunakan untuk menebus Mahsuri. Tapi Mahsuri tetap dibunuh juga kan. Keluarga Mahsuri pun kembali ke Phuket, Thailand.

And lepas tu kematian Mahsuri tu memang membawa kesan buruk yang sangat dahsyat kat Langkawi. Siam datang serang Langkawi. Sultan dibunuh kejam and Wan Mahora dirogol dan dibunuh oleh tentera Siam. Penduduk terpaksa bakar sawah padi sebab takut dirampas. Sebab tu wujudnya Beras Terbakar, dorang dapat simpan baki-baki beras yang dibakar masa zaman tu. Langkawi terus jadi padang jarak padang terkukur. Wuwuwu.

Masa pemerintahan Tunku Abdul Rahman, Tunku telah ke Langkawi dan mencari sendiri tempat pengkebumian Mahsuri. Akhirnya Tunku sendiri yang terjumpa sebuah kubur yang tersembunyi dan terus bangunkan menjadi Makam Mahsuri. Kemudian Tun Dr Mahathir yang majukan Langkawi dengan mencadangkan pertunjukkan Langkawi International Maritime & Aerospace (LIMA) untuk menambahkan ekonomi di sana. Dr M yang wujudkan ye! ;)

Langkawi hidup semula lepas lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Wan Aisyah. Wan Aisyah pun memang menetap di Phuket. 

1 comment:

  1. Nice entry...ill will come bck..keep it up:-)

    ReplyDelete