Apa yang menyedihkan sikap suka membunuh para PEMIMPIN itu masih terus diamalkan oleh kaum Israel sehinggalah ke zaman moden pada hari ini. Terbaru yang menjadi korban adalah pemimpin sayap tentera Hamas, Briged al-Qassam iaitu Ahmed al-Ja'abari pada 14 November 2012 yang lalu. Mungkin Rejim Israel merasakan mereka telah berjaya mencapai matlamatnya.
Namun, hakikatnya Israel belum lagi berjaya kerana sejarah mencatatkan pemimpin Hamas silih berganti dengan mereka yg mempunyai hati yang CEKAL dan sanggup syahid kerana Allah.
BERDEKAT-DEKAT LAMANYA, Regim Israel sering menyasarkan pemimpin utama Hamas sebagai tindakan balas dendam dan merendahkan moral para pejuang Palestin. Namun, ia sedikit pun tidak MELEMAHKAN semangat para mujahiddin utk terus berjuang.
Pertolongan Allah SWT adalah segala-galanya. Siapa sangka, berpuluh ribu roket dan serangan udara dilancarkan oleh Israel ke atas Gaza saban tahun dan membunuh beribu rakyat Palestin di Gaza, dunia mencatatkan statistik kelahiran di Gaza adalah ketujuh TERTINGGI DI DUNIA dengan kadar peratusan 3.2 peratus setiap tahun.
Apa yang lebih menarik, Gaza adalah wilayah paling bergolak di dunia dan mencatatkan kematian antara paling BANYAK DI DUNIA berbanding enam negara lain yang berada di atasnya.
PESANAN SYEIKH AHMAD YASSIN - WAHAI anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh drpd kehidupan
Wajah-Wajah Pemimpin Hamas Palestin Yang Syahid
MOHON PERHATIAN : Diingatkan terlebih dahulu sila kuatkan semangat anda kerana mungkin ada antara gambar-gambar berikut akan menyentuh & menganggu emosi.
1 - Ir Imad Aqel : syahid pada 24 hb November 1993, seorang yang genius dan antara perintis penciptaan bom dan roket untuk kegunaan Mujahiddin Palestin.
2 - Syeikh Ahmad Yassin : syahid pada 22 hb Mac 2004, antara tokoh pengasas Hamas dan seorang yang alim dan warak. Sebahagian hidupnya dihabiskan dlm penjara Israel.
3 - Ir Yahya Ayyash : syahid pada 5 hb Januari 1996, seorang jurutera yang digelar‘the engineer’ oleh Israel. Pelopor taktik serangan bom berani mati atau ‘suicide bomber‘.
4 - Dr Abdul Aziz Ar Rantisi : syahid pada 17 hb April 2004, seorang pemimpin Hamas yang dihormati dan disayangi rakyat. Dilantik selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yassin oleh Israel. 40 hari selepas perlantikan, beliau menemui ajal akibat dibunuh oleh tentera Israel.
5 - Dr Said Syiam : syahid pada 15 Januari 2009, seorang pemimpin tertinggi Hamas selepas pembunuhan Sheikh Ahmad Yaasin dan Abdul Aziz Rantisi. Antara tiga pemimpin yang dikatakan akan mengetuai Hamas. Menubuhkan angkatan tentera dikenali The Executive Force yg dianggap angkatan tentera elit Palestin di Gaza dan membawa ancaman pada Israel.
6 - Ahmed Al-Ja'abari : syahid pada 14 November 2012, seorang pemimpin sayap tentera parti Hamas, Briged Al-Qassam. Beliau pemimpin tertinggi yang paling terbaru menjadi mangsa dibunuh Israel. Pernah menggemparkan dunia apabila mencabar Rejim Israel menyerahkan 1,067 banduan Palestin untuk ditukarkan dengan askar muda Israel yg diculiknya.
No comments:
Post a Comment