Barisan Pertama:
Manusia tanpa tangan dan kaki, Mereka di dunia suka menyakiti hati jiranya
Barisan ke Dua:
Manusia berwajah Khinzir Hitam. Mereka didunia melalaikan solat atau bersolat tetapi masih melakukan kemungkaran
Barisan ke Tiga:
Manusia seperti baghal dengan perut seperti gunung penuh dengan ular dan kala jengking. Mereka di dunia enggan mengeluarkan Zakat.
Barisan ke Empat:
Manusia yang mengalirkan darah dari mulutnya. Manusia yang berdusta dalam berjual beli.
Barisan ke Lima:
Sperti angin yang bertiup berbau sangat busuk. Mereka di dunia menyembunyikan kederhakaan atau maksiat kerana manusia, dan mereka tidak takut pada ALLAH
Barisan ke Enam:
Manuisa yang tenggorok dan tengkoknya putus. Mereka di dunia menjadi saksi palsu, mengadakan cerita yang tidak berlaku menyebabkan orang lain teranaia.
Barisan ke Tujuh:
Manusia tanpa lidah dan keluar darah dari mulutnya. Mereka di dunia enggan memberi kesaksian atau menyembunyikan sesuatu kemungkaran menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan.
Barisan ke Lapan:
Manusia berjalan terbalik (kaki di kepala) manusia yang melacurkan diri atau berzina tanpa taubat
Barisan ke Sembilan:
Manusia berwajah hitam dan mata serta perutnya berapi. Mereka di dunia memakan harta anak yatim.
Barisan ke Sepuluh:
Manusia bertubuh penuh dengan lepera dan belak (sejenis penyakit kulit yang amat gatal). Mereka di dunia menderhaka kepada kedua ibubapanya.
Barisan ke Sebelas:
Manusia yang buta matanya, giginya seperti tanduk, bibir melebar hingga ke dada, lidah terjulur sampai ke perut, dan keluar kotoran yang sangat jijik. Mereka di dunia meminum arak.
Barisan ke Dua Belas:
Manusia yang berwajah berseri dan bercahaya. Mereka golongan beriman dan beramal soleh.
No comments:
Post a Comment